Jalinan Seaweed Noodle

Product Information

BUY THIS PRODUCT

JALINAN SEAWEED NOODLE

——————————————————————————————————————

BUY THIS PRODUCT

A groundbreaking product featuring healthy nutrition with our specially formulated seaweed extract (FSE) – a product with a remarkable 2 years of research and development.

Quality Product: Processed with the best method without any preservative and harmful additive, artificial colouring or sodium carbonate.

With Nutrients: FSE provides iron, calcium, fibre and most importantly Omega 3 & 6, making JALINAN Seaweed Noodle a healthy noodle!

Easy To Prepare: Just put a noodle into boiled water for 4-5 minutes. Drain well and prepare it to your taste – with spaghetti sauce, as your favourite prawn curry noodle or simply fry it.

Suitable For Whole Family: Suitable for all ages, whether for kids, pregnant mommies or busy executives.

Delicious: Now, you have to try it yourselves!

 Jalinan_SeaweedNoodle_English Jalinan_SeaweedNoodle_Malay

News And Info

KHAIRUL (kanan) dan Yahya menunjukkan mi rumpai laut jenama Jalinan Seaweed Noodle berharga RM5 bagi peket 250 gram.

MELIHAT rupa bentuknya sahaja sudah membuatkan tekak berasa mual apatah lagi untuk memakannya mentah-mentah.

Apabila menyebut rumpai laut, mungkin ada yang membayangkan tumbuhan itu sama seperti rumput atau lumut, menyebabkan kebanyakan individu takut untuk mencuba produk yang mengandungi bahan tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Warqah Food Industries, Khairul Azman Hasran, 34, masyarakat masih kurang diberikan pendedahan mengenai kepelbagaian produk yang dihasilkan daripada rumpai laut.

Disebabkan masyarakat enggan memakan rumpai laut secara mentah, Khairul Azman bertindak mengeluarkan mi berasaskan rumpai laut dengan jenama Jalinan Seaweed Noodle. Mi kering rumpai laut itu menjadi alternatif baharu kepada mi gandum.

“Idea untuk menghasilkan mi daripada rumpai laut ini tercetus selepas saya menjalankan penyelidikan dan pembangunan bersama seorang rakan kongsi, Yahya Majed, pada penghujung tahun 2010.

“Kajian itu bertujuan mengenal pasti produk berasaskan rumpai laut yang sesuai selain memastikan khasiatnya dapat dikekalkan,” ujarnya.

Mengenyangkan

Tambahnya, beberapa jenis produk makanan dan minuman pernah dicuba ketika mereka menjalankan kajian itu.

“Kami pernah cuba menghasilkan jus dan produk sejuk beku daripada rumpai laut tetapi ia tidak dapat dikomersialkan kerana membabitkan kos yang tinggi.

“Berbeza pula apabila kami mengetengahkan produk mi rumpai laut.

“Selain rasanya yang sedap, tidak berbau dan mudah disediakan, ia juga boleh dihidangkan dalam pelbagai cara seperti pasta dan laksa,” jelasnya sambil memberitahu, mi rumpai laut itu juga boleh digoreng dan dibuat sup.

Produk yang menggunakan bahan mentah seperti tepung gandum, ekstrak rumpai laut serta garam itu hanya direbus selama lima minit selain mampu bertahan selama setahun.

“Kami tidak menggalakkan pengguna memasak mi ini melebihi lima minit kerana khasiatnya akan berkurangan sekiranya dimasak terlalu lama.

“Produk ini seelok-eloknya dimakan pada waktu pagi kerana ia sangat mengenyangkan selain turut digemari oleh kanak-kanak.

“Kami juga tidak menggunakan sebarang teknologi mi kering untuk menghasilkan produk ini, malah semua kaedah pembuatan dilakukan secara manual,” katanya yang dibantu oleh lima orang kakitangan.

Khairul Azman berkata, penghasilan mi itu dilakukan selepas mendapat tunjuk ajar seorang usahawan mi dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Bagi menghasilkan mi kering, kos untuk mesin sahaja sudah mencecah RM2 juta. Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif menggunakan mesin separuh automatik yang hanya berharga RM20,000.

“Proses pembuatannya dilakukan dengan teliti. Ini bagi memastikan kaedah pengekstrakan dan proses formulasi dapat mengekalkan khasiat penting rumpai laut iaitu omega-3, omega-6, kalsium, zat besi dan kandungan serat yang baik untuk kesihatan.

BEKALAN rumpai laut segar diperoleh dari perairan Sabah.

Harga berpatutan

“Kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, pewarna tiruan dan kapur yang kebiasaannya digunakan oleh pengusaha mi kuning,” ujarnya sambil memberitahu, produk itu disahkan bersifat alkali oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), sekali gus membuktikan produk makanan itu tidak akan menyebabkan kembung perut dan selamat dimakan oleh ibu mengandung.

Katanya, bagi mendapatkan bekalan rumpai laut yang mencukupi, pihaknya menjalin kerjasama dengan Persatuan Nelayan Sabah.

“Harga mi rumpai laut ini sangat berpatutan iaitu RM5 bagi peket 250 gram. Ia dijangka berada secara meluas di pasaran pada tahun depan.

“Buat masa ini, kami hanya menjual secara online selain melantik pengedar-pengedar kecil di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

“Kami juga sering menyertai pameran yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan menerima sambutan yang menggalakkan ketika memasarkan produk ini di China,” tambahnya yang mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.

Pihaknya berhasrat untuk menembusi pasaran Asia Barat, Brunei dan Singapura sebagai perancangan masa depan selain memiliki mesin mi kering bagi melancarkan kerja-kerja pembuatan mi rumpai laut tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_07.htm#ixzz49JcKQN7r
Hakcipta terpelihara